Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Denmark Bukan Lawan Yang Mudah Untuk Inggris

Layaknya England ke Separuh Akhir EURO 2020 cukup mengujakan seluruh rakyat England dimana laungan "Football's coming Home" yang kita selalu dengari setiap kali kejohanan utama makin menjadi jadi pula. Namun, jika
penyokong England merasakan Denmark adalah lawan mudah untuk mereka lolos ke pentas final buat kali pertama, mereka silap.
On paper, Denmark dibarisi ramai pemain yang membarisi pasukan ternama di eropah antaranya GK Kasper.


Schmeichel (Leicester City), Christensen (Chelsea), Hojbjerg (Spurs), Thomas Delaney (BVB), Yussuf Poulsen (RB Leipzig) dan ramai lagi. Sudah pasti, pengalaman yang ada
dalam barisan kendalian Kasper Hjulmand mamp menewaskan mana mana pasukan.
Lebih menarik, rekod pertemuan England dan Denmark menceritakan sesuatu di mana England gagal untuk memenangi dua perlawanan terakhir bertemu Denmark
dimana mereka seri sekali dan tewas sekali. 


Kedua duanya dalam saingan UEFA Nations League tahun lepas dimana kekalahan England terjadi di laman mereka sendiri. Tewas
1-0 di Wembley padu 14 Oktober 2021
Dari segi Team Spirit pula, tampak Denmark mempunyai kelebihan tatkala mereka masih bersolidariti untuk ketua pasukan dan ayam tambatan mereka, Christian Eriksen


yang rebah akibat komplikasi jantung ketika perlawanan pertama peringkat kumpulan menentang Finland. Semoga beliau cepat sembuh. Sudah pasti Denmark berada dalam
satu motivasi tebaik menjelang aksi bertemu England dimana mereka sudah pasti ingin menhadiahkan kemenangan ini kepada Eriksen. Dalam kejohanan seperti ini, Team Spirit dan motivasi adalah elemen penting dalam kejayaan sesuatu pasukan dan Denmark berada dalam kedudukan terbaik.

Namun, sudah pasti, England ada kualiti mereka sendiri dan Southgate mempunyai barisan pemain muda yang berkualiti yang sebenarnya mampu membawa England
memenangi kejohanan EURO edisi kali ini. Namun, petembungan menentang Denmark sudah pastinya sengit dan menjadi cabaran terbesar The Three Lions dalam mencipta sejarah baru pasukan tersebut.

Post a Comment for "Denmark Bukan Lawan Yang Mudah Untuk Inggris"